Semalam 30 Mei 2014 ada berita yang agak menyedihkan . Perginya mereka mungkin tidak akan kembali . Harap mereka akan kembali jua . ( lap air mata jap ) .
Mesti korang semua pelik kan dengan introduction di atas . Introduction ? Hahaha pun boleh . Harini kakak iparku dan anak buah yang tersayang pergi meninggalkan semenanjung kerana pulang ke negeri asal iaitu Sarawak . Tak tahu macamana nak describe perasaan ni .
Pemergian mereka tak dijangka . Kalau bukan kerana alongku , mungkin kakak iparku tidak akan membuat keputusan sebegini . Tapi aku tahu apa yang kakak ipar aku buat adalah satu keputusan yang betul . Dia buat semua ni mesti ada sebabnya . Ini kerana , setiap manusia mesti membuat sesuatu dengan sebab . Takkanlah orang buat sesuatu takda sebab langsung . Betul ke idok ?
Ketika kali pertama aku berjumpa dengan kakak iparku time aku di form 1 . Masa tu akward gila . Ayah , mama dan aku pergi ke KLIA untuk menjemput alongku dan kakak iparku . Aku tak tahu nak buat reaksi yang macamana . Maklumlah baru pertama kali jumpa , lagipun aku dengan alongku telah berpisah agak lama . Kerana dia berpindah ke Sarawak atas sebab tertentu di mana aku dan keluargaku pun tidak tahu mengapa . Mungkin dia ada sebabnya tersendiri .
Lepastu mereka tinggal di rumah aku dan berkahwin . Tinggal dekat rumah aku pun tidak lama . Mungkin nak berdikari kot . Aku tidak tahu sebab aku tak suka ambik tahu , takut akan terluka . Selepas beberapa tahun along call mama , cakap kakak iparku dah bersalin . Masa tu aku excited sangat !!!! Yerlah anak buah lelaki pertama . Nama nya Muhammad Iman Asyraf .
Iman ni cerdik . Dia cekap dengar apa yang orang cakap . Iman juga sangat hyperactive . Susah nak jaga dia ni . Tak boleh duduk diam . Tapi bila ada mama ngan ayah dia je lah . Bila dia sorang , dia duduk diam je . Bawak diri . Pandai betul . Dia sangat rapat ngan ayah dia . Tak boleh berpisah langsung . Muka along aku ngan dia masa kecik sama sangat ! Iman suka buat flying kiss ngan orang . Bila nak balik mesti dia buat flying kiss . Dia ni tak tahan panas , nak sejuk je . Kalau makan , tak makan nasi . Makan nak western food je . Orang putih lah sangat . Ergh , hehe tapi comel . Pandai bergaya just like his father .
Terasa sekejap aku dengan iman . Kitorang jarang berjumpa walaupun rumah takdalah jauh sangat . Aku ni tak berapa rapat sangat dengan along ku . Yerlah , masa dia pindah sarawak dulu , aku baru sekolah rendah . Jarak umur sangatlah jauh . Kakak ipar aku pulak sangat rajin . Bukan dia je , isteri angah aku pun rajin . Kalau dia ada takyah buat kerja . Duduk relax je . Goyang kaki . Hahaha .
Hmmm banyak sangat kenangan manis , tak akan tertulis di blog ni . Here u go some picture of them ...
| Ketika hari raya |
Di Port Dickson
| Resroran Nelayan with Arysha ( anak kakak ) |
So , disini sahaja malam ni . Harap akan berjumpa lagi dan selamat di sana .
By : Miss Nurul