Asssalamualaikum ...
05 Mei 2014 - Hari yg sangat memalukan bagi diri aku . Nak tau kenapa ? Hmm sedih betul citer ni
(poyo je lebih) . Okay , aku cerita . Harini hari isnin . Seperti biasalah , sebagai pelajar sekolah hari isnin adalah hari dimana adanya perhimpunan rasmi . So , mestilah ada pengumuman kan . Ada satu pengumuman tu melibatkan pelajar tingkatan 5 . Aku lah tu . Hmmmm
Nak dijadikan cerita , ada satu pengumuman dari penolong kanan hem . Puan uziah namanya . Beliau baru bertugas di sekolah aku . Time pengumuman tu beliau berucap pasal penetapan target bagi form 5 . Untuk spm semestinya . Ada satu part tu , beliau cakap yg hari jumaat haritu ada seorang guru yang mengedarkan slip penetapan target dekat seluruh kelas form 5 dan ada sedikit pemberitahuan lah .
Then , beliau suruh siapa yang tidak hadir jumaat minggu lepas berdiri . Aku lah tu ! Aku pusing belakang , takda yg berdiri . Yg kat depan pun takda sorang pun berdiri . Kawan aku Aishah dan Jessica dah pandang aku then suruh aku berdiri pergi ke depan .
Aishah : Atiqah bangunlah .
Jessica : Eh , bangunlah . Awak tak datang kan hari jumaat tu .
Aku pun bangunlah . Dahlah semua pandang . Time perhimpunan kot . Mestilah semua tingkatan ada ! Masa tu hanya Allah sahaja yg tahu perasaaan aku masa tu . Malu yang amat . Nasib baik ada sorang lagi yg tak datang juga . Tapi dia kelas lain and tak berapa rapat sangat ngan dia . Tapi at least ada dia yang boleh yg dijadikan teman . Tu pun tak boleh menghilangkan perasaan malu aku yg teramat malu tu . Yerlah , sepanjang aku bersekolah tak pernah lagi lagi aku dipanggil ke hadapan . NEVER !!!!
Tu takpa lah lagi . Yang paling memalukan adalah cikgu tu tak buat apa apa pun . Lepas berucap terus cikgu tu duduk . Padahal tadi cikgu tu suruh pergi ke depan . Last2 takda pape pun . Lagilah bertambah malu . Dahlah terdapat Mr.Am kat situ . Aku terpaksa buat muka tebal kat depan tu . Lepastu aku terus bad mood .
Kat kelas aku asyik tutup muka je . Aku tak dengar pun apa yg cikgu ckp . Masa tu juga hampir lah jugak nak menitis air mata . Kawan aku Aishah and Fazana bagi aku sokongan moral tapi aku rasa malu .
Tapi bila difikirkan balik . Aku mesti berasa bangga sebab at least aku bangun . Aku sahut cabaran cikgu tu . Ada juga yg tak datang masa jumaat haritu tapi diorang tak bangun . At least aku bangun .
P/S : Just be yourself :)
By : Miss Nurul
Monday, 5 May 2014
Subscribe to:
Comments (Atom)